Saturday, July 31, 2004

FADILAT WUDUK

FADILAT WUDUK


Kat bawah ni fadhilat wuduk. Baca le & amalkan Insyallah.......
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka
ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"

Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Roh yang keluar dari jasad

Roh yang keluar dari jasad

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.
"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. AbuBakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati Sekian, wassalam.

selangkah ke alam baru..*wink* cam pengantin baru laks!!

1. Who will become an UstazReality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yangakan bersaing untukmenjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkandisebuah madrasah dan akandiuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikansembahyang wajib,menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain...Setiap minggu akan diakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penontonyang juga akandisiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilaioleh juriprofesional(30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapatpakej haji percuma.

2. Akademi IslamiahReality show yang mengambil 12 budak budak yang telahsesat dan rosakakhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo,dan akan diajar carahidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukanapakan kepakaran dalamislam yang telah mereka pelajari, dihadapan penontonsecara live. SMSpenonton akan menentukan peserta yang layak untukmenang (pilih berdasarkantaraf keinsafan mereka). Mereka menangis keranamenginsafi dosa lalu mereka.Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kameraCCTV.

3. Muslim IdolReality show untuk mencari penceramah Islam terbaik dimalaysia. Pesertayang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penontonakan mara keperingkatseterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili olehpenonton melalui sms.Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyiddan juda CDceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)Sebuah lagi program dari stesen televisyenkita iaituberbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar caramembaca secaratartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran danberlagu. Peserta yangberjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. AuditionRancangan ini berbentuk audition untuk meneruskanpengajian dalam bidangagama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri.Tajaan akan diberikankepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semuayang cintakan Islamdan para pendokong Islam

Iblis

MENGENALI BIODATA IBLIS
Nama :- Iblis Laknatullah
Tempat Kelahiran :- Bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
Status Diri :- Fasik kelas pertama
Agama :- Kufur
Tempat Tinggal
Di Dunia :- Hati-hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal
Di Akhirat :- Neraka jahanam
Kawasan :- Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan :- Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di Dunia :- Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Kaum Kerabat :- Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal Pusingan :- Angan-angan kosong
Tempat Pertemuan :- Pasar-pasar
Musuh Ketat :- Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto Kerja :- "Hipokrasi asas akhlak"
Kesukaannya :- Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita-Cita :- Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya :- Bila orang membaca istighfar
Lambang :- Sebarang tatu
Pejabat Operasi :- Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan Kongsi :- Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber Pendapatan :- Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis Perkhidmatan :- Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempoh Perkhidmatan:- Sehingga hari kiamat
Matlamat Perjalanan :- Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam
Teman Sejawat :- Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
"Ganjaran Berkomu-
nikasi Dengan :- Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan
pedendam
Makanan Kegemaran :- Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti :- Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal
Yang Dibenci :- Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat Perangkap :- Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya
Saat Ajal :- Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas Yang Paling
Disukai :- Homosex dan Lesbian
Janji-Janji :- Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang Membuatnya
Menangis :- Bila orang sujud kepada Allah

Wednesday, July 28, 2004

Aurat

==>>AURAT!!
Aurat seorg wanita memang berat berbanding lelaki. Aurat dr segi pakaian, suara, pergaulan dan sebagainya. Aku nk komen panjang2 pon x leh sbb tu sume sendiri punyer pk lah. Kalian dh besar, tau hukum.. so, sesamalah kita berusaha menjaga aurat kita sebagai seorang muslimah. Jaga batasan sebagai muslimah. Aku sebenar-benarnya memberi nasihat utk diri aku sndiri sbb aku tau diri aku ni memang byk lagi yg kurang. So, sesambil tu..aku nak ajak jugalah kepada teman2 muslimah di luar sana untuk turut sama2 menjaga diri kita, aurat kita, batasan pergaulan dan lain2 yang berkaitan dengan hukum. aku tau dan aku sedar aku masih byk kelemahan..dan kini aku sedang cuba memperbaiki diri aku. Jika kalian kenali aku dan nampak akan kesalahan serta kekurangan aku..tegurlah aku, sekurang2nya ia akan memaklumkan aku agar lebih berhati2 dan memperbaiki serta mempertingkatkan diri dalam usaha menjadi seorang muslimah sejati selain daripada menjadi anak,isteri,ibu yang mithali suatu hari nanti. InsyaAllah...

Tuesday, July 27, 2004

aku memang jiwang hahaha..

aku memang jiwang hahaha..  
 
 
Message: Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah dia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta. sebagai balasan. Nantikan sahaiaia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit sahaja untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan kuntuman senyuman untuk mencerahkan hariyang suram. Carilah seseorang yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Minpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, Mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna. sehingga. anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Jadilah insan yang betul supaya, apabila. kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana, untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan andapada mereka.[salam sayang dariku   someone U Know....]

Peristiwa JamadilAkhir

Peristiwa Jamadil Akhir

KEHEBATAN tentera Islam pada zaman Rasulullah tercatat dengan nyata dalam lipatan sejarah Islam. Kekuatan mereka bukan terletak pada jumlah tentera yang ramai, tetapi keazaman, kesungguhan serta ketakwaan dan keimanan yang kuat kepada Allah.Hal ini dibuktikan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu ‘Ubaidah. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.Peperangan ini adalah antara peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir. Peristiwa lain termasuk: l Peperangan ‘Zi Qarad’ pada tahun keenam Hijrah. Pada peperangan itu Nabi Muhammad menunaikan solat Al khauf (solat ketika ketakutan). Baginda menghadap ke arah kiblat dengan sekumpulan sahabat berbaris di belakang Rasulullah, sementara sekumpulan lagi mengawal menghadapi musuh. Rasulullah bersolat dengan kumpulan pertama satu rakaat dengan dua kali sujud, kemudian diikuti kumpulan kedua. Lalu, mereka mengikuti Baginda yang masih berada dalam rakaat kedua. Mereka bersama Baginda mengerjakan rakaat itu hingga Rasulullah memberi salam. Nabi mengerjakan dua rakaat dan bagi setiap kumpulan berjemaah bersama Baginda satu rakaat. l Peperangan ‘Zat As Salasil’ pada tahun kelapan Hijrah. Peperangan itu bermula kerana sekumpulan daripada kaum Baliy dan Qudha’ah berkumpul untuk menyerang Madinah. Lalu Baginda melantik ‘Amr bin Al ‘As mengetuai satu angkatan yang disertai 300 sahabat yang membawa bendera berwarna putih. Mereka berjalan pada malam hari secara biasa dan dalam keadaan bersembunyi pada siang hari. Bersama-sama dalam kumpulan itu ialah 30 penunggang kuda. Kumpulan itu bergerak hingga ke tempat mereka di sebuah oasis yang bernama ‘Juzam’ yang juga dikenali sebagai ‘Salasil’. Apabila tiba di sana, mereka mendapati tentera musuh terlalu ramai. Mereka kemudian meminta bantuan daripada Rasulullah.Baginda menghantar sepasukan bantuan seramai 200 orang yang dipimpin oleh Abu ‘Ubaidah ‘Amir bin Al Jarrah. Abu Bakar As Siddiq dan Umar bin Al Khattab turut dalam pasukan itu membawa tentera masing-masing, menjadikan tentera Islam semuanya berjumlah 500 orang. Kedua-dua tentera bertempur dan akhirnya kemenangan berpihak pada tentera Islam. l Abu Bakar As Siddiq keluar bersama sahabat pada tahun ke-11 Hijrah ke daerah ‘Zi Al Qussah’ untuk memerangi orang murtad – keluar daripada Islam. Tempat itu sejauh 24 malam dari kota Madinah. Abu Bakar melantik Sinan Ad Dhumariy bagi menjaga kota Madinah. l Kematian Abu Bakar As Siddiq pada Isnin, 22 Jamadilakhir tahun ke-13 Hijrah selepas sakit selama 15 hari. Abu Bakar meninggal dunia ketika berusia 63 tahun selepas memerintah selama dua tahun, tiga bulan dan 10 malam. l Pelantikan Umar bin Al Khattab sebagai khalifah pada tahun ke-13 Hijrah bersamaan tahun 634 Masihi. l Tibanya bantuan daripada Khalifah Umar bin Al Khattab kepada ‘Amr bin Al ‘As di Mesir pada tahun ke-20 Hijrah. Tentera Islam dipimpin oleh Az Zubair bin Al ‘Awwam, Al Miqdad bin Al Aswad, ‘Ubadah bin As Samit dan Maslamah bin Makhlad. l Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu’minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya ‘Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh ‘Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al ‘Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal. l Pada tahun ke-64 Hijrah, Amir Makkah, Abdullah bin Az Zubair memulakan pembinaan Kaabah selepas dibakar dan tembak oleh orang Syam dengan peluru. l Khalifah Harun Ar Rashid memerangi Rom pada tahun 165 Hijrah yang berakhir dengan perjanjian damai selama tiga tahun.